THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, July 28, 2010

Penjara Taiping



Penjara tertua di Malaysia.Dibina pada abad ke-19.

Makam Long Jaafar


Beliau dilahirkan sekitar tahun 1790-an dan meninggal dunia pada tahun 1840. Long Jaafar adalah seorang usahawan Melayu yang berjaya dizamannya. Beliau mengusaha bijih timah di Larut, ladang tebu di Kerian dan Bagan Tiang dan ladang kopi di Assam Kumbang, Taiping. Beliau memiliki bangunan kediaman dan kota di Bukit Gantang. Kedua-dua bangunan ini berfungsi sebagai pusat pertahanan, pentadbiran, gudang untuk menyimpan bijih timah, gula dan kopi dan gudang untuk menyimpan bekalan makanan, perubatan dan lain-lain. Beliau dikatakan mempunyai tanah dan kediaman di Makkah. Beliau diberi kuasa memungut semua cukai di daerah Larut hingga ke Kerian oleh Sultan Perak. Sumbangan beliau dalam bidang agama dan pendidikan juga dapat dilihat dimana beliau diriwayatkan ada mewakafkan tanah untuk didirikan surau, masjid dan tanah perkuburan di Bukit Gantang dan Taiping, mendirikan pusat fardu ain dan kifayah, menyediakan guru agama dan mendirikan institusi pendidikan tidak formal seperti Sekolah Melayu Matang Gelugur yang dibina pada tahun 1826. Jasanya yang paling besar ialah sebagai pengasas bandar Taiping. Dari segi keturunan, beliau berasal dari jurai Tun Undan anak kepada Tun Saban.

Hutan Paya Bakau Matang



Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.
Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.

Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping merupakan kawasan rekreasi bekas lombong bijih timah yang tertua di Malaysia. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1880. Zoo Taiping terletak di taman tasik ini. Keluasan tasik ini mencapai hingga 62 hektar.

Tuesday, July 27, 2010

Muzium Perak



Taiping merupakan muzium tertua di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi. Struktur bangunan muzium ini bercirikan senibina Inggeris Neo-classical.
Sebahagian bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi, etamobologi dan buku-buku diklasifikasikan sebagai koleksi nadir (rare) berusia lebih seratus tahun.

Zoo Taiping

Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan dan lain lain lagi.Add ImagePembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikianAdd Image

Bukit Larut



Bukit Larut atau Bukit Maxwell terletak di Taiping, Perak. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit.


Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut. Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada Bukit Larut, ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April.Benih bunga tulip di Bukit Larut diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.

Diantara jenis bunga tulip yang disemai adalah berwarna merah, merah jambu, putih serta ungu. Bunga tulip yang telah dipetik dijual pada harga RM5 sekuntum atau RM15 bagi satu pasu yang mengandungi tiga kuntum bunga